Sunday 11 March 2012

SEMANGAT JIWA MERDEKA’11 (SJM’11)

2 Ogos – 14 September 2011, INSTEDT. Semangat Jiwa Merdeka (SJM’11) merupakan suatu program yang julung-julung kalinya diadakan di INSTEDT.  Program ini merupakan idea yang dikemukakan oleh pensyarah INSTEDT iaitu Cik Siti Noraidah bt Abd Rahim dan Pn. Zuraini bt Othman serta mendapat sokongan daripada pengurusan INSTEDT. SJM’11 ini dapat memberi impak yang sangat berguna kepada mahasiswa.  Bersempena dengan bulan kemerdekaan, para pensyarah dan pelajar merebut peluang yang ada untuk mengisi masa terluang
dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. SJM’11 diadakan bermula pada 2 Ogos 2011 hingga 14 September 2011 dan diakhiri dengan acara penutupan yang dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Jizat b. Abdol.

Pelbagai pengisian yang menarik seperti pertandingan deklamasi sajak, pameran kemerdekaan, esei kemerdekaan kuiz sejarah dan pelbagai lagi.  Penyertaan program ini diwajibkan kepada semua mahasiswa yang mengambil subjek Pengajian Malaysia (LAN 1003) dan terbuka kepada semua mahasiswa INSTEDT.  Ativiti ini dapat memupuk sikap toleransi antara mahasiswa dan mewujudkan semangat cintakan tanah air. Maklum balas yang baik daripada  mahasiswa INSTEDT ini membangkitkan semangat agar SJM’11 menjadi program tahunan di INSTEDT.

SEMINAR PENGURUSAN RISIKO DAN GANGGUAN SEKSUAL DALAM SUKAN

21 Disember 2011. Sejarah baru dalam senarai Kelab & Persatuan di INSTEDT  yang mana satu lagi persatuan dengan rasminya telah ditubuhkan. Persatuan yang dikenali sebagai Permuafakatan Siswa Siswi Anak Felda ( PERSADA ). PERSADA ini adalah merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Matlamat utama diwujudkan PERSADA adalah untuk melahirkan mahasiswa FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan,

INSTEDT MENDUKUNG PROSES MEMPERKASA GENERASI FELDA

21 Disember 2011. Sejarah baru dalam senarai Kelab & Persatuan di INSTEDT  yang mana satu lagi persatuan dengan rasminya telah ditubuhkan. Persatuan yang dikenali sebagai Permuafakatan Siswa Siswi Anak Felda ( PERSADA ). PERSADA ini adalah merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Matlamat utama diwujudkan PERSADA adalah untuk melahirkan mahasiswa FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar

SESI SUAI KENAL BERSAMA PELAJAR ANJURAN PERSATUAN SAINS KOMPUTER

7 Januari 2011, INSTEDT. Persatuan Sains Komputer telah mengadakan satu pertemuan dengan pelajar Diploma Teknologi Maklumat. Majlis ini dihadiri oleh para pensyarah Jabatan Sains Komputer dan pelajar semester 1 sehingga pelajar semester 5.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengadakan sesi suai kenal antara pelajar dengan pensyarah. Di samping itu juga, adalah untuk melantik ahli jawatankuasa untuk menyandang jawatan dalam Persatuan Sains Komputer dan membincangkan

PENGHASILAN SISTEM TEMPAHAN BAS INSTEDT

September 2011, INSTEDT. Pelajar Teknologi Maklumat telah menghasilkan satu sistem iaitu Sistem Tempahan Bas INSTEDT sebagai salah satu projek bagi gabungan subjek Pengaturcaraan Internet (DIT3254) yang diajar oleh Cik Noor Khairunnisa Bt Othman dan Subjek Pangkalan Data (DIT 3143) yang dikendalikan oleh Cik Darenna Binti Shuib. 

Sistem Tempahan Bas INSTEDT ini telah dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan iatu Hypertext

ANIMASI 2D MENGGUNAKAN ADOBE FLASH CS3

September 2011, INSTEDT. Pelajar Teknologi Maklumat yang mengambil subjek Pengenalan Kepada Multimedia telah menghasilkan satu projek iaitu membangunkan animasi 2 Dimensi(2D). Tajuk animasi ini adalah dendam dimana ia mengisahkan tentang kisah remaja yang ingin membalas dendam di atas kematian adik kandungnya.Berlaku beberapa konflik sehinggalah selesainya cerita ini. Watak-watak seperti Ijoy, Sham, Chaq, Kamal dan Zam telah dilakonkan oleh pelajar sendiri dengan menggunakan teknik rakaman

MAJLIS PRA GRADUAN PERSATUAN SAINS KOMPUTER

16 September 2011- Persatuan Sains Komputer (PSK) INSTEDT telah menganjurkan satu program iaitu Majlis Malam Pra Graduan Diploma Teknologi Maklumat yang bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru dengan bertemakan konsep “One World”. Seramai 110 tetamu yang hadir ke majlis itu, terdiri daripada pelajar INSTEDT khususnya program Diploma Teknologi Maklumat. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengurus Akademik, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Asrama, Eksekutif Kewangan II dan pensyarah INSTEDT. Majlis ini

MOZILLA FIREFOX TEMA SUKARA BAGI PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

9 Julai 2011 – Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah mengadakan satu aktiviti tahunan iaitu Sukan Rakyat 2011(Sukara) untuk seluruh warga INSTEDT. Sukara ini disertai oleh semua pelajar, pensyarah dan staf sokongan. Setiap kursus hendaklah menghasilkan satu maskot yang melambangkan kursus masing-masing dan maskot tersebut hendaklah mengiringi kontigen masing-masing untuk berarak ke padang.

HARI SETIAUSAHA 2012

7 Januari 2012, Bandar Penawar. Majlis Hari Setiausaha peringkat INSTEDT yang dengan jayanya telah diadakan di Dewan Kejora. Majlis yang dimulakan seawal 8 pagi itu berjaya mengumpulkan 100 orang peserta pelbagai pengisian daripada seminar Pengenalan Kepada Dunia Kesetiausahaan, Pendekatan Psikologi dalam Menangani Majikan dan Klien serta Gangguan Seksual, Membina Nilai Peribadi dan Imej Anggun beserta Teknik Grooming.

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR KOREA

3 – 16 Januari 2011, INSTEDT. INSTEDT merupakan satu-satunya kolej Swasta di Bandar Penawar yang terpilih untuk menerima 30 pelajar  jurusan Ijazah Kejuruteraan dari Universiti Soon Chun Hyang, Korea untuk menjalani program pemantapan bahasa Inggeris.   INSTEDT sangat bertuah dengan kehadiran pelajar-pelajar tersebut dan rata-rata daripada mereka amat berbangga dan menyukai corak pembelajaran Bahasa Inggeris serta budaya Melayu.  INSTEDT menawarkan subjek Bahasa Inggeris yang diajar oleh pensyarah-pensyarah

KHATAM QURAN & BUKA PUASA PERSIS

16 OGOS 201, INSTEDT. Mahasiswa INSTEDT bukan sahaja melibatkan diri dengan aktiviti ilmuan,  malah tidak ketinggalan dalam aspek kerohanian mereka.  Program tadarus Al-Quran telah berlangsung sepanjang bulan puasa dan Majlis Khatam Al-Quran pula telah diadakan pada 16 Ogos 2011.  Majlis ini diikuti dengan program berbuka puasa bersama-sama pensyarah dan pelajar INSTEDT.  INSTEDT tidak hanya memberikan tumpuan khusus kepada bidang pengajian mereka semata-mata tetapi juga bidang kerohaniannya seiring dalam aktiviti harian pelajar.

KEMPEN DERMA DARAH 1 JOHOR

27 November 2011, Johor. Jabatan Kejururawatan dan Sains Kesihatan INSTEDT telah mengadakan Kempen Derma Darah 1 Johor. Program ini hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Negeri Johor dan hospital-hospital di negeri Johor. Antara tempat yang terlibat ialah Econsave Kota Tinggi, Tesco Kulai, tesco Tebrau, Giant Muar, BP Mall Batu Pahat, dan Plaza Billion, Pontian. Antara hospital-hospital yang terlibat pula ialah Hospital Kota Tinggi, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Hospital Muar, Hospital Segamat, Hospital Batu Pahat dan

KARNIVAL PIDATO TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT NEGERI JOHOR

1 Disember 2011, Pasir Gudang. Jabatan Penerangan Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan program Karnival Pidato Teknologi Hijau Peringkat Negeri Johor bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang. Seramai 40 pelajar dan seorang pengiring iaitu Nor Sharulniza bt Syahruddin telah dijemput hadir. Turut hadir ke program ini adalah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia negeri Johor iaitu En. Hamdan Hasnan dan Penegerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Negeri

BENGKEL PENULISAN BERITA BERSAMA WARTAWAN TV3

16 Ogos 2011, Bandar Penawar. INSTEDT merupakan sebuah kolej swasta yang bertaraf universal.  Hal ini dapat dilihat dari segi penglibatan pelajar.  Kebanyakan pelajar sering melibatkan diri dengan aktiviti yang bukan sahaja berkaitan program pengajian mereka tetapi melangkaui pengajian mereka.  Hal ini dapat dilihat melalui bengkel penulisan berita bersama wartawan TV3 iaitu Encik Zul Azri Bin Zulkifli pada 16 Ogos 2011 di Bilik Kuliah 9 INSTEDT.  Bengkel ini bertujuan

RIADAH BERSAMA PENSYARAH

4 Januari 2012, Kolej Delima. Majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pelajar Diploma Teknologi Maklumat Semester 5 bersama-sama dengan pensyarah Jabatan Sains Komputer yang diadakan di Kafeteria Kolej Delima. Majlis ini dianjurkan sempena meraikan pensyarah yang baru sahaja mendirikan rumahtangga iaitu Puan Nur Afiqah Saadon pada 26 Disember tahun lalu disamping bersantai dan beramah mesra bersama pensyarah. Pelbagai aktiviti dan juadah menarik yang disediakan oleh para pelajar

PENGHASILAN MODEL RUMAH DALAM BENTUK 3

14 September 2011, INSTEDT.  Pelajar Diploma Teknologi Maklumat yang mengambil subjek Pembangunan Multimedia telah menghasilkan satu projek iaitu menyiapkan model rumah dalam bentuk 3 Dimensi (3D) menggunakan perisian 3D Studio Max. Dalam projek itu, pelanggan akan melihat bahagian dalaman rumah tersebut melalui teknik “walkthrough” di mana pelanggan   seolah–olah berada di dalam setiap bahagian rumah tersebut.