Saturday 11 August 2012

DOA SEORANG SAHABAT

Salam semua, selepas saya bersahur, saya terbaca entry ini dalam wall friends FB, Anwar Safwan Juhari berkenaan "Amoi Amar" yang akan menjalani pembedahan pada pukul 11 pagi ini/esok kerana barah otak tahap 4. Sama-sama kita mendoakan beliau.


Klik pada gambar untuk besarkan imej

Semoga dalam bulan yang mulia ini, dipermudahkan segala urusan beliau, dilindungi & diberkati olehNya. Amin....

Monday 6 August 2012

‎7 Faktor masa terbuang



1. Kumpulan belajar tidak diurus secara betul
- Perbincangan dan belajar secara berkumpulan yang tidak diurus dengan sitematik akan membazirkan masa serta tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

2. Komunikasi tidak berkesan
- Tiada atau kurangnya komunikasi yang jelas antara calon dan rakan-rakan atau guru-guru berhubung sesuatu topik akan menyebabkan banyak masa diambil untuk menjelaskan segala kekeliruan. Malah, maklumat yang betul perlu disalurkan semula dan ini pasti memakan masa.

3. Kurang kemahiran mendengar
- Akibat kemahiran mendengar yang tidak efektif akan menyebabkan anda tertinggal maklumat penting dan terpaksa mencari semula maklumat yang sepatutnya didengar terlebih dahulu.

4. Menyibuk terhadap urusan orang lain
- Sikap menyibuk terhadap kerja orang lain yang tidak berkaitan dengan urusan diri sendiri bukan sahaja menyakitkan hati orang lain malah turut mengganggu kerja serta membuang masa semua pihak.
- Selain itu, masa juga terbuang bila kita melakukan aktiviti yang tiada kaitan dengan usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik seperti berbual kosong, melepak dan bermain komputer.

5. Gangguan luar ketika mengulang kaji
- Ajakan kawan untuk bermain, rancangan menarik di televisyen dan kerenah adik-beradik boleh menjejaskan tumpuan serta menyebabkan ulang kaji terpaksa diulang semula.

6. Tidak cekap mengendalikan perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
- Tiada pengetahuan dan Kurang cekap mengendalikan peralatan ICT ketika mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga menjadi faktor banyak masa terbuang untuk mempelajarinya.

7. Membuat tugasan tanpa keutamaan
- Gagal memberi keutamaan kepada tugas-tugas tertentu juga menyebabkan banyak tugas dilakukan pada masa yang sama tetap satu pun tidak boleh diselesaikan.

Wednesday 1 August 2012

Kami Prihatin, Anda Bagaimana?


Dari facebook Instedt Desaru Johor.

Salam Ramadhan buat semua warga FACEBOOK INSTEDT. Saya & En Asri ( pensyarah Keusahawanan ) ada satu kisah untuk dikongsi bersama. Kisah ini rasanya sesuai dikongsi dalam keseronokan kita menunggu ketibaan Syawal, duduk bersama keluarga tercinta, kawan-kawan, sambil menikmati juadah berbuka yang dibeli di baazar tadi.

Makcik Esah
Ada satu keluarga yang kami fikir benar-benar memerlukan sokongan untuk meringankan beban mereka dalam bulan Ramadhan & persiapan semperna menyambut Syawal. Terima kasih kepada Cik Haiza ( HR ) atas maklumat keluarga ini.

Kami telah berkunjung ke sebuah rumah di Kg Sentosa, Tanjung Sedili.

Halaman rumah yang bersih

Dalam rumah usang ini, Makcik Esah tinggal bersama 2 orang cucu. Seorang bersekolah di tingkatan 2 dan seorang lagi darjah 6. Makcik Esah adalah seorang ibu tunggal. Pendapat bulanan RM300 ihsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Bahagian belakang rumah

Esah Binti Hasan Umur : 73 tahun

Anak
Makcih Esah ada 2 orang anak, seorang lelaki & seorang perempuan. Masing2 telah berkeluarga. Ditakdirkan, anak lelaki yang sulung telah meninggal dunia tahun lepas, kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja. Isterinya pula meninggal dunia kemudiannya, tidak diketahui sebab & meninggalkan anaknya 2 beradik yatim piatu ini bersama Makcik Esah.

Anak perempuan makcik Esah pula seorang ibu tunggal, mempunyai tanggungan 4 orang anak & bekerja di stesen minyak kota tinggi dan tidak tinggal bersama Makcik Esah. Beliau ada juga pulang pada hujung minggu untuk berbuka puasa bersama.

Ruang tamu

Dapur masak

Dapur

Bila saya tanya, " Makcik pernah tak putus makanan?"
Makcik Esah diam & kemudian senyum sedikit lalu cakap.." apa yang ada tu kami makan je lah"

Syawal untuk semua
Untuk semua pembaca, apa kata kita bagi suasana Syawal untuk Makcik Esah ini seindah yang mungkin?

Apa kata anda?
Kalau kita donate untuk beli :

Beras 10kg : 4 beg
Gula 1kg : 1 dozen
Susu tin : 1 kotak
Tepung 1kg : 1 dozen
Garam 1kg : 4 kampit
Minyak Masak : 1 dozen
Milo : 1 dozen
Oren sunkist : 1 dozen
dan kalau ada idea tambahan...)

dan selebihnya kita sumbang pada Makcik Esah. Mungkin kalau sapa2 ada meja atau kerusi lama yang nak disumbangkan pun dah kira baik.
Kita akan pergi bersama, bawa mesin rumput, cangkul, tukul, paku, kain, mop, plastik sampah, dawai, tali, pongkes & lain2 dan buat apa yang patut.

Saya perlukan respon anda.
Siapa yang nak join?

Klik link dibawah :