3 – 16 Januari 2011, INSTEDT. INSTEDT merupakan satu-satunya kolej Swasta di Bandar Penawar yang terpilih untuk menerima 30 pelajar jurusan Ijazah Kejuruteraan dari Universiti Soon Chun Hyang, Korea untuk menjalani program pemantapan bahasa Inggeris. INSTEDT sangat bertuah dengan kehadiran pelajar-pelajar tersebut dan rata-rata daripada mereka amat berbangga dan menyukai corak pembelajaran Bahasa Inggeris serta budaya Melayu. INSTEDT menawarkan subjek Bahasa Inggeris yang diajar oleh pensyarah-pensyarah yang mempunyai kualiti dan berkelayakan dalam bidang tersebut. Latar belakang pendidikan pensyarah yang baik, mampu memantapkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar Korea sebagai bahasa kedua mereka. Program ini berlangsung selama dua minggu ini membuahkan hasil yang baik apabila pelajar-pelajar ini mampu dan berkeyakinan dalam menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar komunikasi lisan. Keputusan menunjukkan bahawa 100 peratus pelajar-pelajar ini lulus dalam ujian yang dijalankan di akhir sesi program. Perbezaan cuaca di Malaysia tidak menggugat pelajar-pelajar ini untuk terus menimba ilmu dan menambahkan keyakinan diri mereka dalam berkomunikasi.
No comments:
Post a Comment