Sunday 29 December 2013


Semalam telah berlansungnya majlis gilang-gemilang Konvokesyen INSTEDT ke-8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada Johor. Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Syed Hussein Bin Abdul Kadir Al-Habshee S.S.A.P, D.P.M.J, D.I.M.P, J.S.D, S.D.K,D.J.N. (Chairman Board of Governors)

Seramai 488 pelajar telah bergraduat. Berikut adalah butiran :

1. Pelajar bergraduat mengikut program
- Diploma Teknologi Maklumat        : 78 pelajar
- Diploma Kejururawatan               : 267 pelajar
- Diploma Pengurusan Pelancongan  : 17 pelajar
- Diploma Pengurusan Perniagaan    : 40 pelajar
- Diploma Perakaunan                    : 44 pelajar
- Diploma Pehotelan                      : 42 pelajar

2. Penerima Anugerah

i.  Anugerah Khas Pengerusi Eksekutif
   Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat
    Junaifie Rafieyana Afikin Binti Jamalu

ii. Anugerah Pengerusi Eksekutif
   Diploma Kejururawatan
    Syaza Syazwana Binti Nyaspan

iii. Anugerah Graduan Cemerlang

Diploma Perakaunan
1. Nik Nurul Akmal Binti Nik Lee
2. Azlina Binti Nin
3. Nur Amalina Amani Binti Hamizat
4. Yantie Binti Rahman
5. Nurul Liyana Binti Jemadi
6. Mastura Binti Ali
7. Muhammad Khairuttaufiq Bin Ahmad 

Diploma Teknologi Maklumat
1. Fazliza Binti Dawood
2. Roshidah Binti Saiful Eskandar
3. Nurul Ain Bt Ahmad Mohamad
4. Nursakinah Bt Isahak
5. Nurfaseha Binti Affandi
6. Sahidah Binti Mohammed 
7. Mohamad Faiz Bin Zakaria
8. Mohamad Huzir Bin Azali
9. Shamrah Bt Hamzah
10. Siti Norzarifah Binti Shahuri
11. Mohamed Fikri Bin Mohamed Farid
12. Azliana Binti Mazlan
13. Raifiza Bt Jaini
14. Mohd Zairi Bin Abd Razik
15. Jaslie Bin Samad
16. Salihah Binti Mohamad 
17. Norashima Bte Ibrahim

Diploma Pengurusan Pelancongan
1. Norazura Bt Idross
2. Nurul Nazattul Ajeerah Binti Razak

Diploma Pengurusan Perniagaan
1. Noor Hidayah Binti Bahaldin
2. Nabilah Binti Mohamad Noor
3. Shahanuriah Binti Mohd Ibrahim

Diploma Kejururawatan
1. Muzdalifah Binti Siam @ Samsu
2. Nurain Binti Azhar 
3. Noraisah Binti Mohd Said 
4. Siti Norziela Binti Norani
5. Siti Noor Suraya Binti Mohd Saim 
6. Siti Zurfarahana Binti Sheikh Osman 
7. Rodiyah Binti Yusoff 
8. Nur Izani Binti Md Nor 
9. Intan Nur Izni Binti Abdul Rahman 
10. Syaza Syazwana Binti Nyaspan 
11. Nur Haniesah Binti Abdul Mutalib 
12. Norazlinda Binti Ahmad 
13. Norhana Binti Shamsudin 
14. Nornadia Hayani Binti Ishak 
15. Hawa Dalilah Binti Darwin 
16. Norbaizura Binti Borhanuddin 
17. Yong Fwee Ting 
18. Siti Noraniza Binti Selamat 
19. Aziatul Shahida Binti Muhamad Suhaimi Nunis 
20. Hazirah Binti Abu Zamri 
21. Syukri Bin Sulaiman


3. Peristiwa
i.  Ada (2) dua program baru iaitu Program Diploma Pengurusan Perhotelan & Diploma Pengurusan Pelancongan telah diakreditasi oleh MQA dan kali pertama digraduatkan pada tahun ini.

iii. Dalam konvokesyen ini juga telah mengraduatkan 36 pelajar dari kolej ICHS dimana kolej tersebut telah tutup & INSTEDT mengambil 36 pelajar tersebut sehingga pelajar ini berjaya

Gambar sekitar majlis konvokesyen akan dipaparkan kemudian.

Tahniah kepada semua graduan.

Sunday 14 July 2013

MENU SIHAT UNTUK BERBUKA


Menjalani puasa Ramadan selama 30 hari penuh tentu menjadi tantangan tersendiri. Setelah seharian menahan lapar, tentu saat berbuka ingin menyantap makanan lazat dan menggugah selera. Namun banyak dari kita yang melupakan pentingnya memilih makanan dan minuman yang menyihatkan. Bila sudah satu hari berpuasa kemudian berbuka dengan makanan yang hanya sedap dan menyelerakan tapi tidak berzat sama sekali maka akan membuat kesihatan tubuh menurun.

Bila Anda makan makanan yang tidak membantu menjaga kesihatan tubuh anda maka anda mudah terdedah kepada beberapa penyakit seperti kelesuan, kurang vitamin dan sakit kepala. Selama menjalankan ibadah puasa, untuk rutin makanan sihat, makanan di bawah ini tidak susah didapatkan dan boleh dikombinasikan dengan makanan lain kegemaran anda untuk berbuka puasa nanti.

1. Beras merah

Sudahkah Anda mencuba untuk mengganti nasi putih dengan nasi merah? Nasi merah memiliki serat yang tinggi yang lebih rendah gula dibanding dengan nasi putih. Makan nasi merah membuat kenyang lebih lama dan mengawal kadar gula. Nasi merah baik makan untuk buka puasa ataupun saat sahur.

2. Sayuran berdaun hijau

Sayuran berdaun hijau baik untuk membekal vitamin dan serat dalam tubuh. Sayur berdaun hijau mudah dicerna oleh tubuh sehingga organ dalam tubuh tidak bekerja terlampau keras untuk mencerna makanan setelah seharian tidak makan apapun. Memasak sayuran berdaun hijau pun cukup ditumis atau disayur dan jangan sampai layu kerana banyak kandungan manfaatnya yang hilang.


3. Oat

Bila Anda menghindari makan nasi baik nasi putih ataupun nasi merah, jangan pula tidak terus makan makanan mengandungi karbohidrat apapun untuk berbuka puasa. Anda boleh membuat oat yang dicampur dengan potongan buah. Oat mudah dicerna dan seratnya tinggi. Makanan yang berserat tinggi baik dimakan untuk buka puasa.

4. Buah-buahan

Tidak ada salahnya makan sepotong tembikai atau kurma ketika berbuka puasa. Vitamin yang ada pada buah-buahan membuat tubuh merasa segar. Selain itu, buah-buahan yang segar membantu tubuh untuk menyesuaikan diri sebelum makan makanan berat untuk berbuka puasa.

5. Kacang-Kacangan

Kacang-kacangan dikenal mengandung protein yang tinggi. Makan sayur hijau dan kacang-kacangan disyorkan menjadi menu sayur untuk buka puasa. Anda boleh membuat sayur asam atau sayur bayam yang ada sayur hijau dan kacang-kacangan di dalamnya. Protein diperlukan oleh tubuh dan kacang-kacangan adalah sumber protein yang mudah dicerna dan tidak membuat kejangan organ tubuh ketika makan untuk buka puasa.

Menjaga kesihatan selama bulan Ramadan dimulakan dari perkara yang paling sederhana, iaitu menu berbuka puasa. Anda boleh mengkombinasikan 5 makanan di atas ke dalam menu berbuka Anda. Jom jaga kesihatan selama bulan Ramadan!


Wednesday 10 July 2013

Dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


As salamu'alaikum shbt tersyg. Amat rugilah orang yg berpuasa 1 bulan dlm Ramadhan tapi tak dpt keampunan drp Allah SWT.. Mari kita betulkan niat, perbaiki setiap amalan dlm Ramadhan, kikis sifat2 negatif, AZAM JADI ORANG BARU SELEPAS RAMADHAN 1434 H, banyakkan ibadah waktu mlm, kekalkan solat jamaah & terawikh hingga akhir Ramadhan, byk bersedekah & byk berdoa utk diri, keluarga, org lain & ummah sejagat. Maaf zahir batin & Selamat Berpesta Ibadah dlm bulan Ramadhan al Mubarak.

Wassalam..

Tuesday 21 May 2013

Pengambilan ke-2 adalah pada 8 Jun 2013!


Tamat Minggu Haluan Siswa untuk ambilan pertama sesi Mei 2013. Ambilan kedua adalah pada 8 Jun 2013! Pendaftaran boleh dibuat terus dengan menghubungi atau SMS kepada :
019-378 4665 ( En Hakim ) 
014-319 2386 ( En Nasa )
013-7354962  ( Pn Zuraini )
014-319 1521 ( Pn Jun )
010-210 3416 ( En Kumar )

Wednesday 24 April 2013

MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

019-378 4665 (En. Hakim )
019-761 6402 (Cik.Ros)
013-735 4962 (Pn.Zuraini)
010-210 3416 (En.Kumar)
014-319 2386 (En.Nasa)
014-319 1521 (Pn. June)

Thursday 28 March 2013

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!



TEMUI KAMI DI TEMPAT TERTERA DI BAWAH.

MASA : 10.00am – 4.00pm

BATU PAHAT 
1 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Lubok
2 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Bagan
3 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Peserai
4 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Simpang Kiri
5 April 2013 Kompleks Penghulu Simpang Kanan
6 April 2013 Dewan Orang Ramai Parit Yaani
7 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Tanjung Sembrong
9 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Minyak Beku
10 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Kg. Baru
11 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Sungai Punggor
12 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Sungai Kluang
13 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Chaah Baru
14 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Sri Medan

MUAR
1 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Jorak/Pagoh 
2 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Lenga
3 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Bakri
4 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Parit Jawa
5 April 2013 Dewan Raya Mukim Pengulu Sungai Balang
6 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Seri Menanti
7 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Bandar
8 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Parit Bakar
9 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Bukit Kepong
10 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Air Hitam
11 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Sungai Terap

PONTIAN
1 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Mukim Benut
2 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Mukim Sungai Pinggan
3 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Air Baloi
4 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Api-Api
5 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Pontian
6 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Rimba Terjun
8 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Ayer Masin
9 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Serkat
10 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Jeram Batu dan Pengkalan Raja

SEGAMAT
1 April 2013 Mukim Sungai Segamat Balai Islam Masjid Jannatul Firdaus, Kg Jawa
2 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Sermin dan Jabi
3 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Buluh Kasap
4 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Gemereh
5 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Labis
6 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Pogoh
7 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Gemas
8 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Chaah

KLUANG
1 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Mukim Kluang 1
2 April 2013 Wisma PBTM Mukim Renggam
3 April 2013 Mukim Ulu Benut Dewan Kampung Parit Hassan
4 April 2013 Mukim Layang-layang Balai Raya Kg Paya Layang-layang
5 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Kahang

KOTA TINGGI
2 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Mukim Johor Lama
3 April 2013 Pusat Khidmat Pejabat Wakil Rakyat Pantai Timur/ Pengerang
4 April 2013 Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)

KULAI JAYA
1 April 2013 Kompleks Penghulu Mukim Mukim Sedenak
2 April 2013 Pejabat Daerah Kulaijaya Bilik Seminar

Sila hubungi/SMS sebarang pertanyaan :

014-319 2386 (En Nasa),
019-378 4665 (En Hakim),
013-735 4962, 010-210 3416 (En Kumar),
010-7117769 (Cik Asita),
019-7616402 (Cik Ros),
012-7365976 (En Sobri)

Sunday 17 February 2013

INSTEDT jadi Kolej Universiti 2014



KUALA LUMPUR 10 Feb. - Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) kini mengorak langkah ke arah pembentukan Kolej Universiti menjelang 2014.

Kolej tersebut telah berjaya berkembang menjadi salah sebuah kumpulan pendidikan tinggi swasta milik bumiputera yang terbesar di negeri Johor sejak penubuhannya pada 1997.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Sharul Azila Mohd. Salleh (gambar) berkata, ini membolehkan tawaran khusus di peringkat ijazah ditawarkan kepada pelajar bagi memenuhi keperluan pasaran kerja di negara ini.

Katanya, INSTEDT kini sedang dalam persediaan ke arah status tersebut dan dalam proses menghantar dokumen kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"INSTEDT melahirkan graduan yang berkualiti tinggi selari dengan kehendak pasaran kerja dan keseluruhan graduan mendapat mendapat pekerjaan dalam tempoh yang singkat.

"Ini adalah sesuatu yang membanggakan, dan kita mahu lebih ramai lagi pelajar untuk mendaftar dengan tawaran khusus yang dirangka berdasarkan permintaan kerja pada masa kini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Sharul Azila berkata, INSTEDT merupakan sebuah institusi pendidikan yang menjadi penyedia tenaga kerja di masa depan.

"Kita melihat graduan yang lahir dari kolej ini akan mendapat peluang pekerjaan lebih-lebih lagi dalam hab industri minyak dan gas di bandar Pengerang, Johor yang memerlukan kira-kira 40 ribu tenaga kerja yang meliputi bidang pengurusan dan pentadbiran," katanya.

Jelasnya lagi, ke semua kursus yang ditawarkan menekankan pendidikan bersifat hibrid setaraf dengan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang turut mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Selain itu, katanya, beberapa kursus baru turut ditawarkan iaitu Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang, Diploma Pengajian Islam, Diploma Grafik Media Digital dan Perbankan Islam.

"Kita menyasarkan untuk menerima kira-kira 800 pelajar pada kemasukan April ini meliputi 13 kursus yang ditawarkan sekarang,"katanya.

Dalam pada itu,INSTEDT juga sedang dalam perbincangan awal untuk berkerjasama dengan universiti antarabangsa di Korea bagi memberi nilai tambah kepada kursus dan para pelajar.

"INSTEDT juga menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam beberapa kursus dan telah mendapat pengiktirafan kualiti Gred A dalam hasil penilaian audit kualiti Akademik dari universiti tersebut,"katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 16 January 2013

Pendaftaran Pelajar Baru DiBuka Sekarang!


Kenapa Pilih INSTEDT?
Program di Akreditasi penuh oleh MQA
Diiktiraf oleh JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam )
Kemudahan pembelajaran yang lengkap
Penginapan yang selesa dan termurah
Pinjaman diuruskan sepenuhnya
Pensyarah yang berdedikasi
Terletak di lokasi peranginan Desaru