Wednesday 6 June 2012

JOHOR BAHRU 13 Mei - Seramai 379 penuntut Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim ( INSTEDT ) yang bergelar graduan pada konvokesyen ke enam tidak akan berdepan dengan masalah menyambung pengajian atau memasuki alam pekerjaan.

Ketua Eksekutifnya, Prof. Madya Dr. Mat Jizat Abdol berkata, kajian yang dibuat melibatkan dua konvokesyen terdahulu menunjukkan semua lepasan INSTEDT sudah mendapat kerja dalam sektor awam dan swasta.

"Malah, ramai yang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Swinburne University of Technology, Universiti Malaysia Terengganu dan Malaysia Universiti of Science & Technology (MUST).

Keyakinan terhadap program berkualiti yang ditawarkan Instedt berjaya menarik lebih daripada 1,800 penuntut untuk mengikuti pengajian di peringkat diploma di kolej ini.

INSTEDT menekankan penawaran program akademik bersifat hibrid setaraf dengan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara dan turut mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia selain relevan dengan permintaan pasaran kerja - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment