Sunday 11 March 2012

SEMINAR PENGURUSAN RISIKO DAN GANGGUAN SEKSUAL DALAM SUKAN

21 Disember 2011. Sejarah baru dalam senarai Kelab & Persatuan di INSTEDT  yang mana satu lagi persatuan dengan rasminya telah ditubuhkan. Persatuan yang dikenali sebagai Permuafakatan Siswa Siswi Anak Felda ( PERSADA ). PERSADA ini adalah merupakan aspirasi dan cetusan idea daripada YAB. Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Matlamat utama diwujudkan PERSADA adalah untuk melahirkan mahasiswa FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketrampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di rancangan membangunkan FELDA.
 

Majlis menandatangani Plak Perasmian Penubuhan Persatuan telah diadakan di Dewan Besar KEJORA, Bandar Penawar yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Noor  Ehsanuddin Bin Hj Mohd Harun Narrashid iaitu Pengarah SERANTA ( FELDA ) Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk PERSADA Kebangsaan.

Dalam ucapan Prof Madya Dr Hj Mat Jizat Bin Abdol selaku Ketua Eksekutif INSTEDT menjelaskan bahawa INSTEDT selaku Institusi Pengajian Tinggi milik penuh bumiputra yang lokasinya terletak di tengah-tengah 22 buah FELDA kawasan Kota Tinggi dan Pengerang. Ia berfungsi sebagai Saluran Kedua “Second Channel”  kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang untuk menyambung pengajian ke IPTA termasuklah anak-anak generasi FELDA yang ingin belajar dan mengecapi kejayaan. Kini terdapat lapan program yang ditawarkan di INSTEDT ini yang telah mendapat Akreditasi Penuh dari MQA telah membuka mata banyak pihak tentang kualiti pengajian di INSTEDT.

Usaha untuk mendukung transformasi masyarakat Felda di INSTEDT ini penuh dengan cabaran dan memakan masa yang panjang iaitu bermula sejak awal tahun 2010 lagi. Jalinan ikatan besama Felda dimulakan dengan pihak INSTEDT telah menjemput Yang Berhormat Datuk Hj Ahmad Bin Maslan iaitu  Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selaku Menteri yang menjaga FELDA sebagai Pemberi Watikah kepada graduan-graduan INSTEDT sempena Majlis Konvokesyen Ke 4 INSTEDT di Pusat Konvensyen Persada Johor Bahru. Seterusnya Yang Berbahagia Tan Sri Rozali Ismail Pengerusi Gerakan Wawasan Generasi Felda ( GWGF ) telah hadir ke INSTEDT dan memberikan taklimat serta mengadakan sesi pendaftaran keahlian GWGF yang bertempat di Bilik Kuliah 19 dan 20 INSTEDT. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar telah hadir dalam majlis ini. Hubungan baik bersama dengan pihak Felda diteruskan lagi dengan kerjasama En Norasri Bin Paimon dengan pihak SERANTA ( FELDA ) Jabatan Perdana Menteri telah menjemput En Abdul Hamid Bin Abdul Rahman selaku Timbalan Pengarah Kanan Pejabat SERANTA ( FELDA ) Jabatan Perdana Menteri yang telah hadir bersama Tuan Zailani Bin Selamat selaku Ketua Unit SERANTA Negeri Johor untuk berbincang bersama pihak pengurusan kolej yang telah dihadiri oleh Prof Madya Dr Hj Mat Jizat Bin Abdol Ketua Eksekutif INSTEDT dan En Hussin Bin Che Pa , Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Siswa INSTEDT untuk memperkasa generasi Felda khususnya di INSTEDT ini serta menubuhkan Persatuan PERSADA di INSTEDT ini bagi memastikan segala usaha pembangunan modal insan yang ada dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik. Hasil daripada perbincangan ini Prof Madya Dr Hj Mat Jizat Bin Abdol Ketua Eksekutif INSTEDT telah melantik En Norasri Bin Paimon untuk menubuhkan dan menggerakkan PERSADA di INSTEDT ini.

Program pertama yang telah dianjurkan dengan kerjasama Pejabat SERANTA ( FELDA ) Jabatan Perdana Menteri yang telah disokong oleh Gabungan Pemikir Profesional Felda ( GAPROF ) adalah Seminar Keusahawanan Anak Anak Felda dan seramai 300 orang anak-anak peneroka serta generasi Felda yang menuntut dan berkhidmat di INSTEDT telah hadir di mana program ini yang telah diadakan di Dewan Besar Semai Bakti, Felda Sungai Mas. Antara barisan ahli panel yang hadir berkongsi maklumat dan pengalaman adalah Dato` Khairil Anuar Aziz ( Timbalan Pengerusi GAPROF ), En. Abdul Rahman Zakaria ( Ketua Pegawai Operasi MRCB ), Tn. Hj Azhari Nawawi ( Ketua Unit Pendidikan dan Latihan MARA ) En. Ismail Samingin ( Penolong Pengurus Besar Wilayah Johor Bahru ) En Abdullah Bin Ismail ( Usahawan FELDA ) dan Pn. Siti Norul Hana  Hj. Miskan ( Ketua Unit Rekabentuk, UTM ) sebagai moderator forum. Rentetan daripada kejayaan program ini 3 orang kakitangan INSTEDT telah dilantik sebagai Sahabat GAPROF iaitu En Norasri Bin Paimon, Pn Siti Haipah Binti Abd Razak, dan En Shahril Bin Ramli serta telah dijemput di dalam Konvensyen Pertama GAPROF yang telah berlangsung di A Farmosa Resort, Melaka. Wakil-wakil yang terlibat telah menyuarakan hasrat pengurusan kolej untuk memohon tajaan dan bantuan kepada generasi-generasi Felda yang ingin menyambung pengajian dan tidak dapat ke IPTA serta bantuan kepada graduan-graduan Felda yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Cadangan ini telah diterima umum oleh ahli-ahli yang hadir dan telah dimasukkan di dalam 10 Resolusi GAPROF yang telah diserahkan kepada Datuk Sri Najib Perdana Menteri Malaysia untuk pertimbangan dalam mendukung usaha Program Transformasi Kerajaan.

Seramai 35 orang ahli PERSADA INSTEDT yang diiringi oleh En Norasri Paimon dan Pn Siti Haipah Abd Razak telah dihantar untuk mengikuti Kursus Transformasi PERSADA IPT anjuran Pejabat SERANTA ( FELDA ) JPM di Kem NADI Hot Springs, Sungkai Perak pada 02 & 03 Disember 2011 yang lalu untuk meningkatkan lagi jati diri peserta dan mendukung usaha transformasi kerajaan. Program ini turut dihadiri ahli-ahli PERSADA dari UiTM, UIA, UM, UKM dan UPM.

Majlis PERSADA Bersama Pemimpin dan Perasmian Persatuan PERSADA INSTEDT ini juga telah dihadiri oleh YBhg Tuan Hj Faizoul Bin Ahmad ( Timbalan Pengarah Besar Unit Inovasi dan Pembangunan Generasi  Felda ) . Dalam ucaptama alu-aluan yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mat Jizat Bin Abdol , Ketua Eksekutif INSTEDT telah menekankan lima elemen utama yang mendukung Transformasi Felda iaitu Pengurusan Sumber Asli, Sumber Manusia, Teknologi, Pemasaran dan Pendidikan. Yang Berbahagia Dr Mat Jizat telah menekankan aspek pendidikan yang digambarkan sebagai ” The Seed for Change ”  ataupun Benih Perubahan yang sangat penting untuk disemai serta dipelihara dengan sebaik mungkin agar tumbuh dengan baik serta memberikan manafaat kepada masyarakat.Pendidikan juga amat penting dalam melahirkan modal insan atau sumber manusia yang terbaik dalam mendukung segala usaha transformasi yag dirancangkan.

Seterusnya program diteruskan dengan ucapan Yang Berbahagia Tuan Hj Faizoul dan sesi forum bersama beliau. Beliau amat gembira dengan sokongan dan penglibatan generasi Felda di INSTEDT terhadap program yang diadakan dan berhasrat untuk berbincang dengan lebih lanjut lagi terhadap usaha-usaha tajaan dan memperkasa generasi Felda khususnya di INSTEDT ini.

PERSADA dibahagikan kepada 5 zon utama Zon A; Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Zon B; Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Zon C; Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Zon D; Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Darul Iman (UDM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Zon E; Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan INSTEDT adalah diletakkan dalam Zon C. Diharapkan PERSADA INSTEDT mampu untuk bergerak aktif memperkasa generasi Felda khususnya yang berada di INSTEDT dan mendukung usaha Transformasi Felda.

No comments:

Post a Comment