Sunday 11 March 2012

PENGHASILAN MODEL RUMAH DALAM BENTUK 3

14 September 2011, INSTEDT.  Pelajar Diploma Teknologi Maklumat yang mengambil subjek Pembangunan Multimedia telah menghasilkan satu projek iaitu menyiapkan model rumah dalam bentuk 3 Dimensi (3D) menggunakan perisian 3D Studio Max. Dalam projek itu, pelanggan akan melihat bahagian dalaman rumah tersebut melalui teknik “walkthrough” di mana pelanggan   seolah–olah berada di dalam setiap bahagian rumah tersebut.

Seramai 72 orang pelajar yang mengikuti subjek ini. Projek untuk menghasilkan model rumah dalam bentuk 3D telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Proses kerja penghasilan model rumah ini terbahagi kepada beberapa proses utama iaitu penghasilan storyboard, pembinaan model, pencahayaan dan pemetaan sebelum sesuatu animasi 3D yang sempurna dapat di perolehi menerusi proses rendering.

Antara pelajar yang menghasilkan model rumah yang kreatif dan menarik adalah Sahidah Binti Mohammed, Salihah Binti Mohamad, Nuraisyah Binti Abdul Razak,Izati Binti Rahim, Nur Azyan Binti Anis dan Nurul Arina Binti Ahmad.

Dengan penghasilan projek yang menarik ini menunjukkan bahawa pelajar Diploma Teknologi Maklumat mempunyai bakat dan pengetahuan yang baik untuk menghasilkan 3D yang baik.

No comments:

Post a Comment