Sunday 11 March 2012

SESI SUAI KENAL BERSAMA PELAJAR ANJURAN PERSATUAN SAINS KOMPUTER

7 Januari 2011, INSTEDT. Persatuan Sains Komputer telah mengadakan satu pertemuan dengan pelajar Diploma Teknologi Maklumat. Majlis ini dihadiri oleh para pensyarah Jabatan Sains Komputer dan pelajar semester 1 sehingga pelajar semester 5.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengadakan sesi suai kenal antara pelajar dengan pensyarah. Di samping itu juga, adalah untuk melantik ahli jawatankuasa untuk menyandang jawatan dalam Persatuan Sains Komputer dan membincangkan aktiviti tahunan yang bakal dijalankan oleh persatuan. Selain itu, mengadakan pertemuan dengan penasihat akademik masing-masing disamping membincangkan masalah pelajar.

Dengan adanya majlis seperti ini dapat mendekatkan para pelajar dengan pensyarah dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment