Sunday 11 March 2012

HARI SETIAUSAHA 2012

7 Januari 2012, Bandar Penawar. Majlis Hari Setiausaha peringkat INSTEDT yang dengan jayanya telah diadakan di Dewan Kejora. Majlis yang dimulakan seawal 8 pagi itu berjaya mengumpulkan 100 orang peserta pelbagai pengisian daripada seminar Pengenalan Kepada Dunia Kesetiausahaan, Pendekatan Psikologi dalam Menangani Majikan dan Klien serta Gangguan Seksual, Membina Nilai Peribadi dan Imej Anggun beserta Teknik Grooming.

 Sebagai ganjaran, di sebelah malamnya sebuah acara makan malam diadakan dengan pelbagai aktiviti santai seperti cabutan bertuah dan Miss and Mr Secretary 2012. Program ini dilihat bermanfaat buat peserta dalam membina nilai soft skills dengan pakej yang lengkap sebelum membina kerjaya yang sesuai kelak.

No comments:

Post a Comment