Sunday 11 March 2012

MAJLIS PRA GRADUAN PERSATUAN SAINS KOMPUTER

16 September 2011- Persatuan Sains Komputer (PSK) INSTEDT telah menganjurkan satu program iaitu Majlis Malam Pra Graduan Diploma Teknologi Maklumat yang bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru dengan bertemakan konsep “One World”. Seramai 110 tetamu yang hadir ke majlis itu, terdiri daripada pelajar INSTEDT khususnya program Diploma Teknologi Maklumat. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengurus Akademik, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Asrama, Eksekutif Kewangan II dan pensyarah INSTEDT. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Hussein bin Che Pa Selaku Timbalan Ketua Eksekutif INSTEDT.
Pelbagai persembahan telah diadakan antaranya ialah persembahan nyanyian oleh kumpulan pelajar lelaki dan kumpulan pelajar perempuan, persembahan oleh AJK program dan pelajar semester 5. Majlis ini diserikan lagi dengan aktiviti yang menarik seperti “lucky draw”, kotak beracun dan” prince & princess”.

Majlis ini diuruskan sepenuhnya oleh pelajar semester 3 dan pelajar semester 4. Majlis ini adalah berkonsepkan pendidikan dan riadah dengan objektifnya untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga INSTEDT serta meraikan bakal-bakal graduan daripada pelajar semester 5 yang bakal menamatkan pengajian di Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT).

No comments:

Post a Comment