Sunday 11 March 2012

SEMANGAT JIWA MERDEKA’11 (SJM’11)

2 Ogos – 14 September 2011, INSTEDT. Semangat Jiwa Merdeka (SJM’11) merupakan suatu program yang julung-julung kalinya diadakan di INSTEDT.  Program ini merupakan idea yang dikemukakan oleh pensyarah INSTEDT iaitu Cik Siti Noraidah bt Abd Rahim dan Pn. Zuraini bt Othman serta mendapat sokongan daripada pengurusan INSTEDT. SJM’11 ini dapat memberi impak yang sangat berguna kepada mahasiswa.  Bersempena dengan bulan kemerdekaan, para pensyarah dan pelajar merebut peluang yang ada untuk mengisi masa terluang
dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. SJM’11 diadakan bermula pada 2 Ogos 2011 hingga 14 September 2011 dan diakhiri dengan acara penutupan yang dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Jizat b. Abdol.

Pelbagai pengisian yang menarik seperti pertandingan deklamasi sajak, pameran kemerdekaan, esei kemerdekaan kuiz sejarah dan pelbagai lagi.  Penyertaan program ini diwajibkan kepada semua mahasiswa yang mengambil subjek Pengajian Malaysia (LAN 1003) dan terbuka kepada semua mahasiswa INSTEDT.  Ativiti ini dapat memupuk sikap toleransi antara mahasiswa dan mewujudkan semangat cintakan tanah air. Maklum balas yang baik daripada  mahasiswa INSTEDT ini membangkitkan semangat agar SJM’11 menjadi program tahunan di INSTEDT.

No comments:

Post a Comment