Sunday 11 March 2012

MOZILLA FIREFOX TEMA SUKARA BAGI PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

9 Julai 2011 – Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) telah mengadakan satu aktiviti tahunan iaitu Sukan Rakyat 2011(Sukara) untuk seluruh warga INSTEDT. Sukara ini disertai oleh semua pelajar, pensyarah dan staf sokongan. Setiap kursus hendaklah menghasilkan satu maskot yang melambangkan kursus masing-masing dan maskot tersebut hendaklah mengiringi kontigen masing-masing untuk berarak ke padang.

Pelajar Diploma Teknologi Maklumat telah menghasilkan satu maskot yang menarik dan bertemakan teknologi maklumat iaitu Maskot Mozilla Firefox. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan maskot ini adalah terdiri daripada bahan-bahan terpakai seperti kertas dan sebagainya. Konsep maskot Mozilla firefox dipilih kerana ia melambangkan bahawa dunia teknologi maklumat pada masa kini adalah dunia tanpa sempadan.

No comments:

Post a Comment