Sunday 11 March 2012

ANIMASI 2D MENGGUNAKAN ADOBE FLASH CS3

September 2011, INSTEDT. Pelajar Teknologi Maklumat yang mengambil subjek Pengenalan Kepada Multimedia telah menghasilkan satu projek iaitu membangunkan animasi 2 Dimensi(2D). Tajuk animasi ini adalah dendam dimana ia mengisahkan tentang kisah remaja yang ingin membalas dendam di atas kematian adik kandungnya.Berlaku beberapa konflik sehinggalah selesainya cerita ini. Watak-watak seperti Ijoy, Sham, Chaq, Kamal dan Zam telah dilakonkan oleh pelajar sendiri dengan menggunakan teknik rakaman menggunakan perisian audacity. Animasi ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Flash CS3.

Hasil idea kreatif dan gambarajah watak dilukiskan sendiri oleh pelajar-pelajar ini. Animasi ini telah dibangunkan oleh Fakhrul Syafiq Bin Misron, Mohd Shukur Bin Mohd Sharif dan Suliana Binti Said. Proses membangunkan animasi ini memakan masa hampir selama 2 bulan. Terdapat beberapa proses kerja yang terlibat. Proses awal sebelum menbangunkan animasi adalah menyiapkan papan cerita.  Kemudian melukis dan mewarnakan watak-watak dalam animasi ini. Setelah itu, menggunakan perisian Adobe Flash CS3 untuk mengabungkan paparan mengikut masa tertentu.

Hal yang demikian menunjukkan pelajar INSTEDT bukan sahaja boleh cemerlang dalam bidang akademik, malah mampu mengasah bakat terpendam dengan melahirkan produk yang menarik menerusi penggunaan teknologi maklumat.

No comments:

Post a Comment