Sunday 11 March 2012

PENGHASILAN SISTEM TEMPAHAN BAS INSTEDT

September 2011, INSTEDT. Pelajar Teknologi Maklumat telah menghasilkan satu sistem iaitu Sistem Tempahan Bas INSTEDT sebagai salah satu projek bagi gabungan subjek Pengaturcaraan Internet (DIT3254) yang diajar oleh Cik Noor Khairunnisa Bt Othman dan Subjek Pangkalan Data (DIT 3143) yang dikendalikan oleh Cik Darenna Binti Shuib. 

Sistem Tempahan Bas INSTEDT ini telah dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan iatu Hypertext Preprocessor (PHP) dan MySQL sebagai pangkalan data. Sistem ini telah dibangunkan oleh Mohamad Rafee Bin Othman, Mohamed Hafifi Faeez Bin Sulaiman, Mohd Khairol Nizam Bin Alias dan Mohamad Lazi Bin Aman. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan para pelajar membuat tempahan apabila menggunakan bas. Selain itu ia juga memaparkan maklumat mengenai kemudahan bas, jadual pergerakan bas ke kolej dan sebagainya. 

Penghasilan Sistem Tempahan Bas INSTEDT menunjukkan bahawa pelajar Diploma Teknologi Maklumat merupakan pelajar yang kreatif dalam melahirkan idea-idea yang menarik dan mempunyai pengetahuan untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah diajar oleh pensyarahnya.

No comments:

Post a Comment