Tuesday 24 July 2012

MUZIKAL RAYA@TV3



Kepada semua warga instedt & pembaca, jangan ketinggalan menyaksikan program muzikal raya yang pasti akan menceriakan petang 1 Syawal anda (jam 6.00 petang) bersiaran di TV3, menampilkan Era Fazira, Ziana Zain, Amy Search, Jaclyn Victor, Azlan ATR dan paling istimewa tetamu-tetamu khas iaitu pelajar INSTEDT. Banyak segmen menarik dan mencuit hati diselitkan dalam program ini antaranya slot bersama peminat setia, game dan sudah tentu dendangan lagu-lagu hits ketiga-tiga penyanyi tersebut. Para peminat Ziana, Amy dan Erra sudah pasti akan dapat mengubat kerinduan mereka terhadap alunan vokal ketiga-tiga penyanyi ini menerusi lagu-lagu seperti Berpisah Jua, Rozana dan Pertemuan. Banyak lagi lagu-lagu hits mereka dan lagu-lagu raya yang turut didendangkan dalam program muzikal ini.

Monday 16 July 2012

ONE MALAYSIA FOR YOUTH - IM4U


Terdapat beberapa laman yang memfokuskan kepada perkongsian idea dan sebagainya, dan kini Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hadir dengan sebuah laman khas yang memfokuskan kepada remaja dan juga semangat kesukarelawan, dipanggil 1Malaysia for Youth atau ringkasannya 1M4U.


Daripada laman tersebut, ia membolehkan para remaja dengan mudah menghantar
sebarang idea mereka untuk dikongsi bersama yang pengguna lain, dan menjayakannya, sekaligus meningkatkan lagi semangat kesukarelawan dikalangan remaja hari ini.


Sama seperti beberapa laman web lain, 1M4U turut sama membawakan sokongan pendaftaran menggunakan Facebook, memudahkan proses pendaftaran dan juga perkongsian idea anda bersama yang lain. Selesai sahaja mendaftarkan diri, anda akan dapat menghantar idea anda dalam kurang 250 aksara melaluinya.

Dan bersempena dengan pelancaran program ini, pihak 1M4U turut mengadakan sebuah pertandingan khas, membolehkan para perekabentuk kreatif menghantar rekabentuk logo mereka dan bersedia memenangi hadiah sebanyak lebih RM10,000 daripadanya.

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa laman yang menyediakan koleksi logo-logo yang menarik di arena web ini, yang mana mungkin anda boleh mengambil inspirasi, serta pada masa yang sama, menghasilkan sebuah logo yang menarik dan kreatif untuk program sukarelawan ini.
Contoh rekaan Blog Serius


Mengenai 1Malaysia For Youth

Kebanyakkan remaja pada hari ini boleh dikatakan menghabiskan kebanyakkan masa di hadapan komputer mahupun gajet mereka berbanding dengan aktiviti di luar. Dan melalui program ini, ia membolehkan para remaja bukan sahaja mengenali rakan-rakan baru, tetapi turut memupuk semangat dan aktiviti sukarelawan dikalangan mereka. Kementerian Pengajian Tinggi sendiri menyokong program ini dengan fokus untuk melahirkan pelajar yang praktikal dan berpotensi dengan permintaan pasaran pada hari ini.


Pada hari Ahad, 15 Julai 2012, satu perhimpunan di dataran KLCC akan berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang untuk melancarkan dan mempromosikan projek ini.

Untuk memudahkan anda merekabentuk logo 1M4U, mungkin anda boleh mengambil fokus kepada objektif program 1M4U, seperti:

:: Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan;
:: Mempromosi persefahaman masyarakat dunia tentang keamanan sejagat;
:: Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia;
:: Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia;
:: Membina hubungan dan jaringan di peringkat antarabangsa;
:: Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global; dan
:: Memberi kefahaman tentang sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia.
:: Sebelum mula menghantar logo anda ke pertandingan yang dianjurkan KPT ini, mungkin anda boleh melawati laman mereka untuk rujukan yang lebih mendalam, ataupun mengikuti 1M4U di Twitter mahupun Facebook.


Pada masa yang sama, anda juga boleh menyokong pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Like halaman Facebook mereka.





Advertorial daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sunday 15 July 2012

INFO PELAJAR


INSTEDT akan mengadakan Majlis Penutupan Minggu Haluan Siswa yang akan diadakan di Dewan Bandaran, Bandar Penawar. Majlis akan dirasmikan oleh Y.Bhg Datin Hariza Binti

Tuesday 10 July 2012


RESEPI RAMADHAN


Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 


TIPS & PANDUAN
 3 LANGKAH  PERANCANGAN   STRATEGIK UNTUK BELAJAR


SETIAP pelajar harus mempunyai perancangan belajar yang strategik iaitu menepati kehendak dan sasarannya. Perancangan yang strategik dapat menjimatkan masa, tenaga serta dapat belajar dengan lebih selesa. 


Berikut disenaraikan beberapa cadangan yang merupai langkah yang

Sunday 8 July 2012

THE AMAZING SPIDERMAN


LOS ANGELES, 6 JULAI 2012: Filem reboot kepada francais Spider-Man, The Amazing Spider-Man mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila mencatat kutipan USD35 juta (kutipan tempatan) pada hari pertama tayangannya, rekod tertinggi untuk filem yang dibuka pada hari Selasa.

Filem terbaru superhero Marvel itu mengetepikan pemegang rekod sebelum ini, Transformers yang turut dibuka tayangannya pada hari Selasa tahun 2007. Transformers pada ketika itu mencatat kutipan USD27.9 juta.

PTPTN PENYELAMAT KE 'U'

Assalamualaikum dan salam sejahtera, MUNGKIN kamu sudah bosan mendengar cerita mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kan?

Lagi-lagi apabila mendengar tentang caj perkhidmatan tiga peratus (satu peratus kepada yang telah buat ujrah) yang dikenakan kepada peminjam yang sedang hangat dipolitikkan pihak tertentu pada masa ini.

Ya, saya pun sependapat dengan kamu semua terutama apabila melihat penyata PTPTN

SELAMAT PENGANTIN BARU ELLA



Setelah lama bergerak ‘solo’, akhirnya Ella menamatkan zaman bujangnya pada usia 46 tahun bersama seorang jejaka bernama Azhar, 30 tahun. Dikatakan, bakal suaminya ini adalah seorang juruterbang sebuah syarikat swasta.

Dengan hanya sekali lafaz, ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Haji

INSTEDT, PILIHAN SAMBUNG BELAJAR

Petikan  : Utusan Malaysia
Oleh      : SITI AINIZA KAMSARI
Gambar  : HAFIZ KHOSMAT

DUNIA dirasakan seolah-olah kiamat apabila mendapati keputusan slip peperiksaan tidak memungkinkan dirinya layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Perasaan sedemikian adalah normal bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapati keputusan peperiksaan kurang memuaskan yang meleburkan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

Tetapi tahukah anda impian murni itu sebenarnya masih boleh direalisasikan. Malah anda

Al-Quran Dan Sains: NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat.


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.



NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan

Sunday 1 July 2012

Kisah Tali Gantung


Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut,pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.


Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu