Sunday 8 July 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ELLA



Setelah lama bergerak ‘solo’, akhirnya Ella menamatkan zaman bujangnya pada usia 46 tahun bersama seorang jejaka bernama Azhar, 30 tahun. Dikatakan, bakal suaminya ini adalah seorang juruterbang sebuah syarikat swasta.

Dengan hanya sekali lafaz, ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Haji
Aminuddin, 45, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Azhar Ghazali dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung sebentar tadi di Teluk Gadong, Klang Selangor.

Terdahulu, Azhar yang bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Firefly telah mengikat tali pertunangan sebelum diakad nikah oleh jurunikah yang bertugas, Tuan Haji Baharudin Hj Abu Bakar sekitar jam 10.30 malam sebentar tadi.

Ella sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali nilai dengan mas kahwin RM50,300.

No comments:

Post a Comment