Tuesday 24 July 2012

MUZIKAL RAYA@TV3



Kepada semua warga instedt & pembaca, jangan ketinggalan menyaksikan program muzikal raya yang pasti akan menceriakan petang 1 Syawal anda (jam 6.00 petang) bersiaran di TV3, menampilkan Era Fazira, Ziana Zain, Amy Search, Jaclyn Victor, Azlan ATR dan paling istimewa tetamu-tetamu khas iaitu pelajar INSTEDT. Banyak segmen menarik dan mencuit hati diselitkan dalam program ini antaranya slot bersama peminat setia, game dan sudah tentu dendangan lagu-lagu hits ketiga-tiga penyanyi tersebut. Para peminat Ziana, Amy dan Erra sudah pasti akan dapat mengubat kerinduan mereka terhadap alunan vokal ketiga-tiga penyanyi ini menerusi lagu-lagu seperti Berpisah Jua, Rozana dan Pertemuan. Banyak lagi lagu-lagu hits mereka dan lagu-lagu raya yang turut didendangkan dalam program muzikal ini.

No comments:

Post a Comment