Monday 17 December 2012

HADIAH UNTUK MAK & AYAH

Kata-kata dari seorang anak buat pengorbanan Mak & Ayah selama ini. Tahniah Atul!


INSTEDTlah pilihan ku..!

Wednesday 12 December 2012

Ucapan Tahniah dari seorang Adik. Terbaik!

Dalam banyak2 sahabat FB yang PM dalam inbox FB Instedt Desaru Johor, saya amat tertarik dengan ucapan ikhlas & paling jujur pada pemerhatian saya yang dihantar dari seorang adik, berterima kasih pada INSTEDT.


Friday 12 October 2012

Audit Kualiti Akademik, INSTEDT GRED 'A'!!

Hasil penilaian Audit Kualiti Akademik kolej bersekutu UiTM,
bagi INSTEDT adalah GRED 'A'. Tahniah INSTEDT!



Tuesday 11 September 2012

SEMANGAT JIWA MERDEKA


Salam Merdeka. Dipaparkan gambar yang diambil inisiatif dari Jabatan Bahasa & Pengajian Islam INSTEDT dalam menghargai erti suatu Kemerdekaan negara Malaysia tercinta.

Program berlansung dari 10 hingga 15 Deptember 2012 dan antara aktiviti yang dijalankan ialah :


>Pertandingan Kuiz Sejarah
  Tarikh : 11 Sept 2012
  Masa : 3 petang
  Tempat : Bilik Kuliah 2


>Pertandingan Deklamasi Sajak
>Pertandingan Sketsa Kemerdekaan
  Tarikh : 14 Sept 2012
  Masa : 2 petang
  Tempat : Bilik Kuliah 13


>Pertandingan Menulis Esei
>Pertandingan Menulis Sajak
>Pertandingan Teka Silang Kata
>Pertandingan Dokumentasi Sejarah Malaysia
  Tarikh akhir penghantaran 13 Sept 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Saturday 11 August 2012

DOA SEORANG SAHABAT

Salam semua, selepas saya bersahur, saya terbaca entry ini dalam wall friends FB, Anwar Safwan Juhari berkenaan "Amoi Amar" yang akan menjalani pembedahan pada pukul 11 pagi ini/esok kerana barah otak tahap 4. Sama-sama kita mendoakan beliau.


Klik pada gambar untuk besarkan imej

Semoga dalam bulan yang mulia ini, dipermudahkan segala urusan beliau, dilindungi & diberkati olehNya. Amin....

Monday 6 August 2012

‎7 Faktor masa terbuang



1. Kumpulan belajar tidak diurus secara betul
- Perbincangan dan belajar secara berkumpulan yang tidak diurus dengan sitematik akan membazirkan masa serta tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

2. Komunikasi tidak berkesan
- Tiada atau kurangnya komunikasi yang jelas antara calon dan rakan-rakan atau guru-guru berhubung sesuatu topik akan menyebabkan banyak masa diambil untuk menjelaskan segala kekeliruan. Malah, maklumat yang betul perlu disalurkan semula dan ini pasti memakan masa.

3. Kurang kemahiran mendengar
- Akibat kemahiran mendengar yang tidak efektif akan menyebabkan anda tertinggal maklumat penting dan terpaksa mencari semula maklumat yang sepatutnya didengar terlebih dahulu.

4. Menyibuk terhadap urusan orang lain
- Sikap menyibuk terhadap kerja orang lain yang tidak berkaitan dengan urusan diri sendiri bukan sahaja menyakitkan hati orang lain malah turut mengganggu kerja serta membuang masa semua pihak.
- Selain itu, masa juga terbuang bila kita melakukan aktiviti yang tiada kaitan dengan usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik seperti berbual kosong, melepak dan bermain komputer.

5. Gangguan luar ketika mengulang kaji
- Ajakan kawan untuk bermain, rancangan menarik di televisyen dan kerenah adik-beradik boleh menjejaskan tumpuan serta menyebabkan ulang kaji terpaksa diulang semula.

6. Tidak cekap mengendalikan perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
- Tiada pengetahuan dan Kurang cekap mengendalikan peralatan ICT ketika mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga menjadi faktor banyak masa terbuang untuk mempelajarinya.

7. Membuat tugasan tanpa keutamaan
- Gagal memberi keutamaan kepada tugas-tugas tertentu juga menyebabkan banyak tugas dilakukan pada masa yang sama tetap satu pun tidak boleh diselesaikan.

Wednesday 1 August 2012

Kami Prihatin, Anda Bagaimana?


Dari facebook Instedt Desaru Johor.

Salam Ramadhan buat semua warga FACEBOOK INSTEDT. Saya & En Asri ( pensyarah Keusahawanan ) ada satu kisah untuk dikongsi bersama. Kisah ini rasanya sesuai dikongsi dalam keseronokan kita menunggu ketibaan Syawal, duduk bersama keluarga tercinta, kawan-kawan, sambil menikmati juadah berbuka yang dibeli di baazar tadi.

Makcik Esah
Ada satu keluarga yang kami fikir benar-benar memerlukan sokongan untuk meringankan beban mereka dalam bulan Ramadhan & persiapan semperna menyambut Syawal. Terima kasih kepada Cik Haiza ( HR ) atas maklumat keluarga ini.

Kami telah berkunjung ke sebuah rumah di Kg Sentosa, Tanjung Sedili.

Halaman rumah yang bersih

Dalam rumah usang ini, Makcik Esah tinggal bersama 2 orang cucu. Seorang bersekolah di tingkatan 2 dan seorang lagi darjah 6. Makcik Esah adalah seorang ibu tunggal. Pendapat bulanan RM300 ihsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Bahagian belakang rumah

Esah Binti Hasan Umur : 73 tahun

Anak
Makcih Esah ada 2 orang anak, seorang lelaki & seorang perempuan. Masing2 telah berkeluarga. Ditakdirkan, anak lelaki yang sulung telah meninggal dunia tahun lepas, kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja. Isterinya pula meninggal dunia kemudiannya, tidak diketahui sebab & meninggalkan anaknya 2 beradik yatim piatu ini bersama Makcik Esah.

Anak perempuan makcik Esah pula seorang ibu tunggal, mempunyai tanggungan 4 orang anak & bekerja di stesen minyak kota tinggi dan tidak tinggal bersama Makcik Esah. Beliau ada juga pulang pada hujung minggu untuk berbuka puasa bersama.

Ruang tamu

Dapur masak

Dapur

Bila saya tanya, " Makcik pernah tak putus makanan?"
Makcik Esah diam & kemudian senyum sedikit lalu cakap.." apa yang ada tu kami makan je lah"

Syawal untuk semua
Untuk semua pembaca, apa kata kita bagi suasana Syawal untuk Makcik Esah ini seindah yang mungkin?

Apa kata anda?
Kalau kita donate untuk beli :

Beras 10kg : 4 beg
Gula 1kg : 1 dozen
Susu tin : 1 kotak
Tepung 1kg : 1 dozen
Garam 1kg : 4 kampit
Minyak Masak : 1 dozen
Milo : 1 dozen
Oren sunkist : 1 dozen
dan kalau ada idea tambahan...)

dan selebihnya kita sumbang pada Makcik Esah. Mungkin kalau sapa2 ada meja atau kerusi lama yang nak disumbangkan pun dah kira baik.
Kita akan pergi bersama, bawa mesin rumput, cangkul, tukul, paku, kain, mop, plastik sampah, dawai, tali, pongkes & lain2 dan buat apa yang patut.

Saya perlukan respon anda.
Siapa yang nak join?

Klik link dibawah :

Tuesday 24 July 2012

MUZIKAL RAYA@TV3



Kepada semua warga instedt & pembaca, jangan ketinggalan menyaksikan program muzikal raya yang pasti akan menceriakan petang 1 Syawal anda (jam 6.00 petang) bersiaran di TV3, menampilkan Era Fazira, Ziana Zain, Amy Search, Jaclyn Victor, Azlan ATR dan paling istimewa tetamu-tetamu khas iaitu pelajar INSTEDT. Banyak segmen menarik dan mencuit hati diselitkan dalam program ini antaranya slot bersama peminat setia, game dan sudah tentu dendangan lagu-lagu hits ketiga-tiga penyanyi tersebut. Para peminat Ziana, Amy dan Erra sudah pasti akan dapat mengubat kerinduan mereka terhadap alunan vokal ketiga-tiga penyanyi ini menerusi lagu-lagu seperti Berpisah Jua, Rozana dan Pertemuan. Banyak lagi lagu-lagu hits mereka dan lagu-lagu raya yang turut didendangkan dalam program muzikal ini.

Monday 16 July 2012

ONE MALAYSIA FOR YOUTH - IM4U


Terdapat beberapa laman yang memfokuskan kepada perkongsian idea dan sebagainya, dan kini Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hadir dengan sebuah laman khas yang memfokuskan kepada remaja dan juga semangat kesukarelawan, dipanggil 1Malaysia for Youth atau ringkasannya 1M4U.


Daripada laman tersebut, ia membolehkan para remaja dengan mudah menghantar
sebarang idea mereka untuk dikongsi bersama yang pengguna lain, dan menjayakannya, sekaligus meningkatkan lagi semangat kesukarelawan dikalangan remaja hari ini.


Sama seperti beberapa laman web lain, 1M4U turut sama membawakan sokongan pendaftaran menggunakan Facebook, memudahkan proses pendaftaran dan juga perkongsian idea anda bersama yang lain. Selesai sahaja mendaftarkan diri, anda akan dapat menghantar idea anda dalam kurang 250 aksara melaluinya.

Dan bersempena dengan pelancaran program ini, pihak 1M4U turut mengadakan sebuah pertandingan khas, membolehkan para perekabentuk kreatif menghantar rekabentuk logo mereka dan bersedia memenangi hadiah sebanyak lebih RM10,000 daripadanya.

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa laman yang menyediakan koleksi logo-logo yang menarik di arena web ini, yang mana mungkin anda boleh mengambil inspirasi, serta pada masa yang sama, menghasilkan sebuah logo yang menarik dan kreatif untuk program sukarelawan ini.
Contoh rekaan Blog Serius


Mengenai 1Malaysia For Youth

Kebanyakkan remaja pada hari ini boleh dikatakan menghabiskan kebanyakkan masa di hadapan komputer mahupun gajet mereka berbanding dengan aktiviti di luar. Dan melalui program ini, ia membolehkan para remaja bukan sahaja mengenali rakan-rakan baru, tetapi turut memupuk semangat dan aktiviti sukarelawan dikalangan mereka. Kementerian Pengajian Tinggi sendiri menyokong program ini dengan fokus untuk melahirkan pelajar yang praktikal dan berpotensi dengan permintaan pasaran pada hari ini.


Pada hari Ahad, 15 Julai 2012, satu perhimpunan di dataran KLCC akan berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang untuk melancarkan dan mempromosikan projek ini.

Untuk memudahkan anda merekabentuk logo 1M4U, mungkin anda boleh mengambil fokus kepada objektif program 1M4U, seperti:

:: Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan;
:: Mempromosi persefahaman masyarakat dunia tentang keamanan sejagat;
:: Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia;
:: Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia;
:: Membina hubungan dan jaringan di peringkat antarabangsa;
:: Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global; dan
:: Memberi kefahaman tentang sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia.
:: Sebelum mula menghantar logo anda ke pertandingan yang dianjurkan KPT ini, mungkin anda boleh melawati laman mereka untuk rujukan yang lebih mendalam, ataupun mengikuti 1M4U di Twitter mahupun Facebook.


Pada masa yang sama, anda juga boleh menyokong pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Like halaman Facebook mereka.





Advertorial daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sunday 15 July 2012

INFO PELAJAR


INSTEDT akan mengadakan Majlis Penutupan Minggu Haluan Siswa yang akan diadakan di Dewan Bandaran, Bandar Penawar. Majlis akan dirasmikan oleh Y.Bhg Datin Hariza Binti

Tuesday 10 July 2012


RESEPI RAMADHAN


Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 


TIPS & PANDUAN
 3 LANGKAH  PERANCANGAN   STRATEGIK UNTUK BELAJAR


SETIAP pelajar harus mempunyai perancangan belajar yang strategik iaitu menepati kehendak dan sasarannya. Perancangan yang strategik dapat menjimatkan masa, tenaga serta dapat belajar dengan lebih selesa. 


Berikut disenaraikan beberapa cadangan yang merupai langkah yang

Sunday 8 July 2012

THE AMAZING SPIDERMAN


LOS ANGELES, 6 JULAI 2012: Filem reboot kepada francais Spider-Man, The Amazing Spider-Man mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila mencatat kutipan USD35 juta (kutipan tempatan) pada hari pertama tayangannya, rekod tertinggi untuk filem yang dibuka pada hari Selasa.

Filem terbaru superhero Marvel itu mengetepikan pemegang rekod sebelum ini, Transformers yang turut dibuka tayangannya pada hari Selasa tahun 2007. Transformers pada ketika itu mencatat kutipan USD27.9 juta.

PTPTN PENYELAMAT KE 'U'

Assalamualaikum dan salam sejahtera, MUNGKIN kamu sudah bosan mendengar cerita mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kan?

Lagi-lagi apabila mendengar tentang caj perkhidmatan tiga peratus (satu peratus kepada yang telah buat ujrah) yang dikenakan kepada peminjam yang sedang hangat dipolitikkan pihak tertentu pada masa ini.

Ya, saya pun sependapat dengan kamu semua terutama apabila melihat penyata PTPTN

SELAMAT PENGANTIN BARU ELLA



Setelah lama bergerak ‘solo’, akhirnya Ella menamatkan zaman bujangnya pada usia 46 tahun bersama seorang jejaka bernama Azhar, 30 tahun. Dikatakan, bakal suaminya ini adalah seorang juruterbang sebuah syarikat swasta.

Dengan hanya sekali lafaz, ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Haji

INSTEDT, PILIHAN SAMBUNG BELAJAR

Petikan  : Utusan Malaysia
Oleh      : SITI AINIZA KAMSARI
Gambar  : HAFIZ KHOSMAT

DUNIA dirasakan seolah-olah kiamat apabila mendapati keputusan slip peperiksaan tidak memungkinkan dirinya layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Perasaan sedemikian adalah normal bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapati keputusan peperiksaan kurang memuaskan yang meleburkan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

Tetapi tahukah anda impian murni itu sebenarnya masih boleh direalisasikan. Malah anda

Al-Quran Dan Sains: NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat.


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.



NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan

Sunday 1 July 2012

Kisah Tali Gantung


Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut,pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.


Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu

Sunday 24 June 2012

Tahniah Zarina Razak


Saya ingin kongsi kegembiraan seorang lagi pelajar kami, Zarina Razak
pelajar lepasan Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat, OM114 yang baru
dapat tawaran perjawatan di Jabatan Pendaftaran Negara.


"Alhamdullilah...akhirnye ini lah mase depan aku...syukur sgt2...doakan yg terbaek utk aku yer kwn2...ade sape2 nk bg aku tumpang umh die x..??? huhuhu...aku jd owg putrajaya la x lame ag...hehehe...yg penting aku dh bt mk abah aku bangge...sonok sgt2...=)))))))))))))) — with Instedt Desaru Johor."


Link di atas telah di Tagged dari Facebook Pemasaran INSTEDT
ke Facebook Instedt Desaru Johor.




Kami warga INSTEDT mengucapkan TAHNIAH kepada Zarina Razak.
Selamat bertugas! 

Saturday 23 June 2012

Thursday 21 June 2012


Do's and Dont's For International Students


General rules and regulations
  • A student must abide by Malaysian law at all times.
  • A student has committed a case of misconduct when:
  • He is found guilty of criminal charges by the court;
  • He is involved in any jobs, trades or the like, on part-time or full time basis, which are deemed illegal in the Immigration Ordinance 1959 and the Immigration Rules and Regulations 1963 or other laws or that which could affect his studies.
  • A student is to abide by all the rules and regulations that are enforced by the institution.
  • A student must at all times respect the culture, norms and beliefs of the locals.

Student pass

  • Any international student who wishes to study in Malaysia is required to obtain a Student Pass.
  • Application has to be made through the respective Educational Institution prior to entry.

Permission to work part-time

  • A student is permitted to do part-time work for 20 hours per week during semester breaks or any holiday exceeding 7 days.
  • A student is permitted to work part-time in Restaurants, Petrol Kiosks, Mini Markets and Hotels only (excluding singer, masseur, musician, GRO and other activities deemed immoral) as long as the student pass remains valid.
  • Students are not permitted to work as cashier.
  • Permission to work part-time is extendable by the Immigration Department depending on the student’s attendance and academic reports.
  • Application from students studying in Private Higher Educational Institutions must be submitted by the respective institutions to the
  • Immigration headquarters in Putrajaya; while for students from Public Higher Educational Institutions to the nearest Immigration Office.

Drugs and poison

It is considered a serious offence if a student:
  • is found to be in possession of any kind of drugs or poisons. The term ‘drug’ is as defined in the Dangerous Drug Act 1952;
  • is found to provide, to supply, to distribute, to offer or to prepare any of the above drugs or poisons to other parties;
  • is involved in drug abuse of any kind.

Weapons and dangerous materials

It is considered a serious offence if a student:
  • is found to be in possession or in supervision of any dangerous weapons or explosive materials. ‘Weapon’ is as defined in the Weapons Act 1971.

Traffic rules and regulations

A student who owns or uses any type of vehicle must:
  • fulfil the requirements under the Road Transportation Act 1987 and all subsections under the Act, on campus and public roads.

Use of force

It is considered an offence if a student:
  • partakes in any kind of activities that involve force, extortion, molestation, harrassment or any form of disturbance among themselves or towards others;
  • involves directly in any form of ragging or bullying, or abuse or the like inside or outside of campus;
  • uses force, aggression or threat to cause hurt to others;
  • engages in any physical aggression such as riots or fights, or commits an assault on any parties;
  • exhibits verbal and/or physical behaviour of a racist or prejudiced nature towards any other member of the community inside or outside the campus.

Assembly

It is considered a serious offence if any groups of students or organisations of students plan, organise, attend or take part in any assembly or meeting at any given places without permission from the relevant authorities. A student is to abide by all the rules and regulations that are enforced in his institution.

Academic integrity

A student is not allowed any form of falsification and plagiarism i.e copying or allowing people to copy, plagiarize during exams, lab assignments, preparation of coursework or thesis and the like.

Accomodation

Students who reside in an on-campus residence are to abide by the rules of accommodation set by their respective institutions.
Students who reside off-campus need to take on an even greater obligation of respecting the neighbourhood standards and watching out for neighbours.
Students are advised not to cause trouble or emit noises in any way that are of disturbance to others.

Safety and Emergency

Be safety conscious, especially in the first few weeks as you get used to your new environment and culture.
Take extra care of your safety in high risk areas, especially if you need to go out late at night.
If you are encountered with a real emergency, the first point of contact would be the International Office or your contact at your Institution.
Call 999 - police, ambulance, fire stations and civil defence rescue units if you are in trouble. (Warning: Under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998, the penalty for misuse of the communication network isa fine of RM50 000, or one year's jail, or both).
For further assistance, you may call Student Affairs and Development Division, Department of Higher Education’s general line at 603-88835939 during office hours.

SIDANG MEDIA


SIDANG MEDIA OLEH

YBHG. DATO’ PROF DR. RUJHAN BIN MUSTAFA
KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN TINGGI

MENGENAI RAYUAN BERPUSAT MELALUI UPU 
KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER
LEPASAN SPM/SETARAF (PROGRAM ASASI & DIPLOMA)
SESI AKADEMIK 2012/2013
_____________________________________________

1. Sukacita dimaklumkan dasar pengambilan dan  pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

2. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan keputusan rasmi kemasukan pada 7 Mei 2012 (Isnin)  lalu mulai jam 12.00 tengah hari. Semakan status keputusan boleh disemak melalui saluran hebahan seperti  laman web, talian hotline  dan helpline UPU serta SMS.  Saluran hebahan adalah seperti di Lampiran 2.

3. KPT menasihatkan agar calon jaya  menyemak dan mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian  Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (JPP, KPT) bagi  tawaran ke Politeknik Premier.

4. Calon juga wajib menyatakan pengesahan setuju terima tawaran. Pengesahan penerimaan tawaran dibuat pada atau sebelum  15  Mei 2012. e-RAYUAN BERPUSAT MELALUI UPU

5. Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan  pemilihan program pengajian di IPTA/Politeknik Premier yang dipohon.  Jika merit mereka 
tidak begitu tinggi dan  memohon lapan (8) pilihan dalam program pengajian  kompetitif, kemungkinan besar mereka tidak terpilih untuk  tawaran program pengajian yang dipohon. 
Begitu juga  jika  mereka memohon hanya di  IPTA/Politeknik Premier yang popular mungkin akan menghadapi persaingan yang  tinggi  dan akhirnya tidak  mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

6. KPT tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon gagal mendapat tempat ke IPTA/Politeknik Premier.  Semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.

7. Hanya  calon gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/Politeknik Premier sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan.

8. Permohonan rayuan boleh dikemukakan melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier di http://upu.mohe.gov.my.

9. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah  pada  18  Mei 2012. Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

10. Keputusan rayuan akan diumumkan  pada  minggu kedua Jun 2012. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh 4 minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di IPTA/Politeknik Premier, maka rayuan tersebut  dianggap gagal. Keputusan rayuan adalah muktamad.

PELUANG PENGAJIAN TINGGI

11. KPT bersetuju melaksanakan  dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja yang menawarkan program bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf. Justeru, ramai calon cemerlang SPM 2011 akan menerima lebih dari satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar untuk mengikuti program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan.

12. Sementara itu, bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA/Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Penaja, Program  Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran tempat ke IPTA/Politeknik Premier adalah terhad. 

13. Pemohon yang tidak berjaya juga akan berpeluang mengikuti program pengajian peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di Politeknik, Kolej Komuniti serta Institusi Latihan Kemahiran Awam(ILKA) melalui Pusat Pengambilan Setempat di bawah UPU.

14. Selaras dengan perkembangan industri pengajian tinggi negara dan kualiti pengajaran & pembelajaran di IPTS, calon juga berpeluang mengikuti program pengajian peringkat persediaan atau diploma yang berprospek tinggi di IPTS yang berkredibiliti. Calon boleh menyemak status IPTS melalui Portal KPT dan Portal JPT untuk mengetahui mengenai program pengajian, yuran pengajian dan sebagainya. 

Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi 
9 Mei 2012