Sunday 14 July 2013

MENU SIHAT UNTUK BERBUKA


Menjalani puasa Ramadan selama 30 hari penuh tentu menjadi tantangan tersendiri. Setelah seharian menahan lapar, tentu saat berbuka ingin menyantap makanan lazat dan menggugah selera. Namun banyak dari kita yang melupakan pentingnya memilih makanan dan minuman yang menyihatkan. Bila sudah satu hari berpuasa kemudian berbuka dengan makanan yang hanya sedap dan menyelerakan tapi tidak berzat sama sekali maka akan membuat kesihatan tubuh menurun.

Bila Anda makan makanan yang tidak membantu menjaga kesihatan tubuh anda maka anda mudah terdedah kepada beberapa penyakit seperti kelesuan, kurang vitamin dan sakit kepala. Selama menjalankan ibadah puasa, untuk rutin makanan sihat, makanan di bawah ini tidak susah didapatkan dan boleh dikombinasikan dengan makanan lain kegemaran anda untuk berbuka puasa nanti.

1. Beras merah

Sudahkah Anda mencuba untuk mengganti nasi putih dengan nasi merah? Nasi merah memiliki serat yang tinggi yang lebih rendah gula dibanding dengan nasi putih. Makan nasi merah membuat kenyang lebih lama dan mengawal kadar gula. Nasi merah baik makan untuk buka puasa ataupun saat sahur.

2. Sayuran berdaun hijau

Sayuran berdaun hijau baik untuk membekal vitamin dan serat dalam tubuh. Sayur berdaun hijau mudah dicerna oleh tubuh sehingga organ dalam tubuh tidak bekerja terlampau keras untuk mencerna makanan setelah seharian tidak makan apapun. Memasak sayuran berdaun hijau pun cukup ditumis atau disayur dan jangan sampai layu kerana banyak kandungan manfaatnya yang hilang.


3. Oat

Bila Anda menghindari makan nasi baik nasi putih ataupun nasi merah, jangan pula tidak terus makan makanan mengandungi karbohidrat apapun untuk berbuka puasa. Anda boleh membuat oat yang dicampur dengan potongan buah. Oat mudah dicerna dan seratnya tinggi. Makanan yang berserat tinggi baik dimakan untuk buka puasa.

4. Buah-buahan

Tidak ada salahnya makan sepotong tembikai atau kurma ketika berbuka puasa. Vitamin yang ada pada buah-buahan membuat tubuh merasa segar. Selain itu, buah-buahan yang segar membantu tubuh untuk menyesuaikan diri sebelum makan makanan berat untuk berbuka puasa.

5. Kacang-Kacangan

Kacang-kacangan dikenal mengandung protein yang tinggi. Makan sayur hijau dan kacang-kacangan disyorkan menjadi menu sayur untuk buka puasa. Anda boleh membuat sayur asam atau sayur bayam yang ada sayur hijau dan kacang-kacangan di dalamnya. Protein diperlukan oleh tubuh dan kacang-kacangan adalah sumber protein yang mudah dicerna dan tidak membuat kejangan organ tubuh ketika makan untuk buka puasa.

Menjaga kesihatan selama bulan Ramadan dimulakan dari perkara yang paling sederhana, iaitu menu berbuka puasa. Anda boleh mengkombinasikan 5 makanan di atas ke dalam menu berbuka Anda. Jom jaga kesihatan selama bulan Ramadan!


No comments:

Post a Comment