Dari facebook Instedt Desaru Johor.
Salam Ramadhan buat semua warga FACEBOOK INSTEDT. Saya & En Asri ( pensyarah Keusahawanan ) ada satu kisah untuk dikongsi bersama. Kisah ini rasanya sesuai dikongsi dalam keseronokan kita menunggu ketibaan Syawal, duduk bersama keluarga tercinta, kawan-kawan, sambil menikmati juadah berbuka yang dibeli di baazar tadi.
Makcik Esah
Ada satu keluarga yang kami fikir benar-benar memerlukan sokongan untuk meringankan beban mereka dalam bulan Ramadhan & persiapan semperna menyambut Syawal. Terima kasih kepada Cik Haiza ( HR ) atas maklumat keluarga ini.
Kami telah berkunjung ke sebuah rumah di Kg Sentosa, Tanjung Sedili.
Dalam rumah usang ini, Makcik Esah tinggal bersama 2 orang cucu. Seorang bersekolah di tingkatan 2 dan seorang lagi darjah 6. Makcik Esah adalah seorang ibu tunggal. Pendapat bulanan RM300 ihsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Anak
Makcih Esah ada 2 orang anak, seorang lelaki & seorang perempuan. Masing2 telah berkeluarga. Ditakdirkan, anak lelaki yang sulung telah meninggal dunia tahun lepas, kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja. Isterinya pula meninggal dunia kemudiannya, tidak diketahui sebab & meninggalkan anaknya 2 beradik yatim piatu ini bersama Makcik Esah.
Anak perempuan makcik Esah pula seorang ibu tunggal, mempunyai tanggungan 4 orang anak & bekerja di stesen minyak kota tinggi dan tidak tinggal bersama Makcik Esah. Beliau ada juga pulang pada hujung minggu untuk berbuka puasa bersama.
Bila saya tanya, " Makcik pernah tak putus makanan?"
Makcik Esah diam & kemudian senyum sedikit lalu cakap.." apa yang ada tu kami makan je lah"
Syawal untuk semua
Untuk semua pembaca, apa kata kita bagi suasana Syawal untuk Makcik Esah ini seindah yang mungkin?
Apa kata anda?
Kalau kita donate untuk beli :
Beras 10kg : 4 beg
Gula 1kg : 1 dozen
Susu tin : 1 kotak
Tepung 1kg : 1 dozen
Garam 1kg : 4 kampit
Minyak Masak : 1 dozen
Milo : 1 dozen
Oren sunkist : 1 dozen
dan kalau ada idea tambahan...)
dan selebihnya kita sumbang pada Makcik Esah. Mungkin kalau sapa2 ada meja atau kerusi lama yang nak disumbangkan pun dah kira baik.
Kita akan pergi bersama, bawa mesin rumput, cangkul, tukul, paku, kain, mop, plastik sampah, dawai, tali, pongkes & lain2 dan buat apa yang patut.
Saya perlukan respon anda.
Siapa yang nak join?
Klik link dibawah :
No comments:
Post a Comment