Sunday 11 March 2012

BENGKEL PENULISAN BERITA BERSAMA WARTAWAN TV3

16 Ogos 2011, Bandar Penawar. INSTEDT merupakan sebuah kolej swasta yang bertaraf universal.  Hal ini dapat dilihat dari segi penglibatan pelajar.  Kebanyakan pelajar sering melibatkan diri dengan aktiviti yang bukan sahaja berkaitan program pengajian mereka tetapi melangkaui pengajian mereka.  Hal ini dapat dilihat melalui bengkel penulisan berita bersama wartawan TV3 iaitu Encik Zul Azri Bin Zulkifli pada 16 Ogos 2011 di Bilik Kuliah 9 INSTEDT.  Bengkel ini bertujuan untuk melatih pelajar menghasilkan berita melalui penulisan yang baik. Peserta bengkel tersebut adalah pelajar-pelajar PERSIS yang terdiri daripada pelbagai program.  Melalui penglibatan sebegini, pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik mereka tetapi kemahiran yang lain juga turut mereka pelajari.

No comments:

Post a Comment