Sunday 11 March 2012

KARNIVAL PIDATO TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT NEGERI JOHOR

1 Disember 2011, Pasir Gudang. Jabatan Penerangan Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan program Karnival Pidato Teknologi Hijau Peringkat Negeri Johor bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang. Seramai 40 pelajar dan seorang pengiring iaitu Nor Sharulniza bt Syahruddin telah dijemput hadir. Turut hadir ke program ini adalah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia negeri Johor iaitu En. Hamdan Hasnan dan Penegerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Negeri iaitu En. Tan Kok Hong. Karnival ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman masyarakat mengenai teknologi hijau. Karnival Pidato Teknologi Hijau Peringkat Negeri Johor ini telah dimenangi oleh mLing Tian Wong penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM).

No comments:

Post a Comment